Wednesday, August 5, 2009

Bangkel E-Rukun Tetangga



Bengkel e-Rukun Tetangga projek perintis anjuran Jabatan Pepaduan dan Integerasi Nasional bersama Universiti Utara Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel M-Suit Johor Bahru Pada 31 Julai 2009 hingga 02 Ogos 2009.

Sistem pengurusan maklumat Rukun Tetangga atau dikenali sebagai e-Rukun mula diilhamkan oleh Dato` Maximus Johnity Ongkili yang
merupakan menteri di jabatan perdana menteri pada awal 2007.

Objektif utama sistem ini adalah untuk mengujudkan sistem maklumat berpusat yang komprehensif berpandukan ICT untuk Kawasan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Tabika Perpaduan bagi meningkatkan pengurusan, pemantauan dan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kepada semua pihak yang berkenaan.














Objektif Perlaksanaan Bengkel
  • Memberi pengethuan kefahaman, kemahiran kepada peserta tentang Modul keaktifan dan kewangan RT
  • Memastikan RT menggunakan sistem sepenuhnya secara berterusan
  • Pegawai Perpaduan Negeri, Bahgaian/Daerah dan penolong pegawai perpaduan menjadi rujukan Ahli RT dalam penggunaan sistem ini.