Saturday, January 1, 2011

Majlis Perpisahan En Mansor Bin Mohd Hashim Dan En Rozaidi Bin Ikhwan


KRT Adun Permas Jaya (Zon Pasir Gudang) Telah mengadakan majlis Perpisahan kepada En Mansor Bin Mohd Hashim Pen.Pengarah JPNIN Negeri Johor yang telah berpindah ke JPNIN Negeri Selangor manakala En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Peg Perpaduan Kanan JPNIN Daerah Johor Bahru yang akan berpindah ke Ibu Pejabat (Putrajaya) Pada 03/01/2011.
KRT Zon Pasir Mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baru.

Monday, April 5, 2010

Perasmian KRT Zon Casuarina Taman Scientex



Perasmian KRT Zon Casuarina Taman Scientex telah disampurnakan oleh Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang merangkap menteri Penjajian Tinggi Malaysia.

Hadir sama pen pegawai Perpaduan Kanan daerah Johor Bahru En Rozaidi Bin Ikhwan dan YDP MPPG Tn Hj Rahim Bin Nin.

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Tahun Baru Cina
















KRT ZON PASIR GUDANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA MASYARAKAT TIONGHUA DIDALAM KAWASAN PASIR GUDANG

Sunday, January 24, 2010

Rakyat Negeri Johor telah Kehilangan Sebutir Permata atas kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sultan yang berjiwa rakyat





















JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah mangkat selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada 22/01/2010 pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Thursday, December 31, 2009

Sambutan Tahun Baru & Pelajar Cemerlang Di KRT Zon Sejahtera




































































































Majlis Sambutan awal tahun dan majlis pelajar cemerlang anjuran krt zon Sejahtera Taman Nusa Damai.

Penyampaian Sijil kepada pelajar Cemerlang dan perasmian telah disampurnakan oleh En Za`anal Bin Hj Misran Selaku Setiausaha MPPG manakala penyampaian sijil kepada AJK KRT Zon Sejahtera telah disampurnakan olen Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru Cik Syahilawani Bt Noordin.

Friday, December 25, 2009

Jamuan Ucapan Terima Kasih Pada Jabatan di KRT Zon Pelanduk Taman Scientax
























































Majlis jamuan dilaksanakan diatas tanda ucapan terima kasih kepada penduduk yang sering memberikan sokongan, dorongan, dan kerjasama setiap kali program KRT dilaksanakan dan di adakan.